Jika ROS Tolak Pindaan Perlembagaan, UMNO Mungkin Buat Pemilihan Sebelum Akhir Tahun

Jika ROS Tolak Pindaan Perlembagaan, UMNO Mungkin Buat Pemilihan Sebelum Akhir Tahun

UMNO berkemungkinan mengadakan pemilihan parti sebelum akhir tahun ini, sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan bagi menangguhkan tarikh pemilihan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti itu juga mempunyai ‘Pelan B’, jika ia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pemilihan parti sebelum Disember.

Katanya butiran ‘Pelan B’ itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan buat masa ini.

“Kami ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan buat keputusan jika (pindaan perlembagaan tak diluluskan ROS.

“UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini.

“Kita ingin laksanakan Pelan B jika ROS tidak lulus permohonan pindaan perlembagaan berbanding membuat pemilihan. Apakah Pelan B itu? Kena tunggulah nanti.

“UMNO sebenarnya tidak mahu buat Pelan B itu. Kita harap ROS luluskan permohonan kita kerana tidak ada sebab ia tidak dilulus, ia sama dengan apa yang dilakukan MCA dan ia sudah diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penyerahan daging korban di Benut, di sini, hari ini.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu.

Tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember tahun ini.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas Mei lalu meluluskan secara rasminya usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan MKT diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Melalui pindaan itu, MKT UMNO diberi dua pilihan di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.-AA

Jika ROS Tolak Pindaan Perlembagaan, UMNO Mungkin Buat Pemilihan Sebelum Akhir Tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker