Presiden dan rakyat Ukraine akan perangi Rusia habis-habisan [VIDEO]

MOSCOW – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyiarkan sebuah video pendek dari Kiev pada Jumaat dengan bersumpah untuk mempertahankan ibu negara daripada diceroboh Rusia.

“Kami semua di sini. Tentera, orang awam turut berada di sini. Kami bersedia mempertahankan kemerdekaan, negara yang tercinta,” kata Zelensky ketika berada di luar bangunan presiden.

Beliau yang memakai pakaian tentera turut dilihat berdiri bersama beberapa pegawai kanan lain sebagai bertindak balas terhadap tekanan daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin.



Difahamkan, tentera Rusia dilihat bertempur dengan tentera Ukraine buat kali pertama di jalan raya sekitar Kiev pada Jumaat.

Manakala sejumlah angkatan tentera Ukraine ditempatkan di ibu negara dan beberapa bandar sebagai persediaan berdepan serangan udara pada waktu malam.

Sementara itu, Putin dalam ucapan televisyen di Moscow, menyifatkan kerajaan Zelensky sebagai ‘pengganas’ dan ‘kumpulan penagih dadah dan neo-Nazi’ dan menggesa tentera Ukraine supaya memberontak.



Sehingga kini, Zelensky menerima sokongan daripada ramai pemimpin Barat kerana keazamannya menentang pencerobohan Putin dan Ketua Kesatuan Eropah (EU), Charles Michel menyiarkan sokongan menerusi ucapan di Twitter.

“Semangat kebebasan dan demokratik Ukraine sangat kuat,” katanya. – AFP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker