Wan Azizah nasihat Azmin dan Amirudin bekerjasama dengan PDRM.

Mohamed Azmin, Amirudin dinasihat bekerjasama dengan polis – Wan Azizah

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dinasihatkan untuk bekerjasama dengan pihak polis berhubung isu dalang penyebaran video seks sejenis dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini memandangkan kedua-dua mereka dilihat mempunyai maklumat yang dapat membantu dalam penyiasatan kes berkenaan.

“Eloklah dia (Mohamed Azmin) dan Menteri Besar Selangor bekerjasama dengan polis. Ini kerana mereka nampak gaya mempunyai maklumat yang sepatutnya dapat menolong dalam penyiasatan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Wacana Ilmu Sri Satria di sini hari ini.



Beliau memberi reaksi terhadap pengakuan Mohamed Azmin ketika berucap pada majlis kesyukuran dan doa selamat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor malam tadi, bahawa pemimpin nombor dua PKR itu tahu siapa dalang di sebalik penyebaran video yang dikaitkan dengan dirinya.

Amirudin juga dilaporkan telah memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

Dalam ucapannya pada majlis doa selamat dan kesyukuran terhadap Mohamed Azmin di kediaman rasminya di sini malam tadi, Amirudin memberi bayangan bahawa dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu skandal serupa timbul 20 tahun dahulu. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker