Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks

Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks

PELAWAK wanita yang bertindak menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi berdiri (stand up comedy) tampil bersemuka dengan netizen menerusi siaran langsung di saluran YouTube miliknya pada petang Sabtu.

Siti Amira Natasha Abdullah yang kelihatan tenang dan ceria dalam siaran langsung itu tampil bersama teman lelakinya dikenali sebagai Alex.



Sepanjang siaran langsung itu, pelawak itu dilihat bersahaja menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya selain dibantu oleh teman lelakinya.

Menjawab salah satu soalan daripada netizen, Siti Amira memberitahu dia menyedari videonya tular di media sosial namun tidak memperincikan tentang insiden tersebut.

Malah, wanita itu dilihat mengelak daripada menjawab soalan berhubung insiden berkenaan namun menegaskan dia berbangga menjadi seorang Muslim.



“Saya berbangga menjadi seorang Islam,” katanya

Teman lelakinya pula menyifatkan Amira sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam malah dia sendiri mengaku bakal memeluk agama itu.

Bukan itu sahaja, Alex mendedahkan dia dan Siti Amira bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kafe komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.



Sebelum melakukan aksi tidak senonon itu, wanita itu memberitahu penonton dia seorang Melayu dan beragama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

Sementara itu, atas arahan Alex, Siti Amira mengabaikan soalan-soalan berkaitan penularan video tentang dirinya yang mencetuskan kemarahan netizen pada Sabtu.

Alex berkata, mereka tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut namun memberitahu apa yang berlaku telah disalah tafsirkan.

Pun begitu, Alex membidas pertanyaan pengikutnya sama ada Siti Amira gemar berbogel di khalayak ramai seperti mana dalam video berkenaan.



“Adakah dia berbangga berbogel depan orang ramai? Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khalayak,” ujarnya.

Ditanya mengenai insiden itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, Alex memberitahu mereka tidak kisah akan perkara itu kerana sudah terbiasa dengannya

Sementara itu, berkongsi mengenai diri mereka, Alex memberitahu Siti Amira adalah seorang penuntut dalam bidang undang undang selain bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya tentang kesihatan mental.

Pasangan itu bertemu sebelum Covid-19 melanda dunia dan berkongsi kegemaran yang sama iaitu menulis.



Semakkan mStar di saluran YouTube pasangan itu, Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur, mereka banyak berkongsi tentang tip perhubungan dan seks seperti tip melakukan seks oral, seks secara berkumpulan, orgasm, biseksual dan sebagainya.

Dalam beberapa video dikendalikan Amy, pelawak itu dilihat hanya memakai baju dalam dan tangan kanannya turut mempunyai tato.

Video siaran langsung itu bagaimanapun telah dipadam daripada YouTube pasangan itu.mSTAR



https://www.youtube.com/watch?v=jmhysT3brQQ

Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker