Pengambilan Tanah Kg Sg Baru, SPRM akan ambil tindakan susulan
Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru telah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki di ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya .
Ini berhubung isu pengambilan tanah untuk projek pembangunan semula Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
“Meminta SPRM untuk melihat sekiranya terdapat sebarang salah laku dan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan oleh mana-mana pihak tertentu, serta kelemahan tadbir urus (governance) dan kepelikan (irregularities) oleh mana-mana pihak tertentu.
“Kami juga meminta SPRM menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur kesalahan jenayah rasuah berkaitan rancangan pembangunan semula di Sungai Baru, Kampung Bharu, Kuala Lumpur ini,” kata Pengerusinya Lele Suzana pada satu kenyataan malam tadi.
Ibu pejabat SPRM ketika dihubungi mengesahkan pertemuan Azam (gambar, atas) dengan wakil penduduk pada pagi semalam yang berlangsung selama dua jam.
Beberapa wakil penduduk Kampung Sungai Baru bersama anggota Pejuang pada 16 jun lalu membuat laporan SPRM berhubung dakwaan lisan oleh wakil pemaju kepada penduduk mendakwa pemaju telah ‘membelanjakan’ hampir RM42 juta.
Sementara itu, mengulas pertemuan wakil penduduk bersama ketua suruhanjaya itu, Lele Suzana berkata pihaknya amat berharap SPRM dapat menjalankan siasatan dengan segera, telus dan lebih mendalam ke atas isu pengambilan tanah ini.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketua pesuruhjaya SPRM yang sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh pemilik teres dan flat, serta komited untuk melaksanakan tindakan susulan sesegera mungkin agar pembelaan dan keadilan dapat ditegakkan buat kami semua,” katanya lagi.
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.
Pada Julai tahun lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru telah menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.
Namun, penduduk, khususnya penghuni rumah teres tidak setuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan oleh PTGWPKL.
Sehingga kini, sebanyak 37 penduduk rumah teres tidak setuju dengan pampasan ditawarkan, manakala 27 penghuni bersetuju.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar