Tidak Akan Ada Tindakan Khianat Mandat Rakyat – Ab Rauf

Tidak Akan Ada Tindakan Khianat Mandat Rakyat – Ab Rauf

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan tidak akan ada sebarang tindakan mengkhianati mandat rakyat seperti undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata mandat yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri pada November tahun lepas perlu dihormati.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya artikel sebuah portal berita hari ini bahawa politik Melaka kembali bergolak. Artikel tersebut berniat jahat serta bertujuan menganggu gugat kestabilan politik Melaka.

“Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, saya tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Menurut laporan portal itu, Sulaiman mungkin berdepan undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual bermula 25 Julai ini.

Ab Rauf berkata barisan kepimpinan BN negeri itu akan terus berusaha memberikan kemakmuran kepada rakyat serta fokus memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya juga menyeru semua kepimpinan BN di semua peringkat tidak terpengaruh dengan tohmahan ini serta kekal fokus demi mencapai kemenangan pada PRU akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tidak Akan Ada Tindakan Khianat Mandat Rakyat – Ab Rauf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker