Pekerja ladang meninggal dunia selepas tiga hari dipijak gajah liar
Pekerja ladang meninggal dunia selepas tiga hari dipijak gajah liar
TEMERLOH: Seorang pekerja ladang yang dirawat di hospital kerana patah buku lali kiri, selepas dipijak gajah liar di Ladang Semantan dekat Mentakab, di sini Selasa lalu, meninggal dunia, semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kira-kira 1.20 pagi, semalam.
“Mangsa dibawa ke hospital pada Selasa dengan patah pada buku lali kiri dan beberapa luka akibat serangan gajah itu. PERHILITAN sedang menunggu laporan terperinci daripada hospital mengenai punca kematian,” katanya hari ini.
Kejadian itu berlaku Selala lalu ketika mangsa yang juga pekerja ladang dipercayai berjalan bersendirian ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.
Rozidan dilaporkan berkata, renjer PERHILITAN dimaklumkan kira-kira jam 4 petang Selalu lalu, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan menemui kesan tapak kaki gajah di kawasan itu.
Difahamkan, mangsa yang bersendirian ketika serangan itu, pengsan di tempat kejadian dan tidak sedarkan diri.
Kumpulan gajah itu dipercayai tujuh ekor.
Sementara itu, penyelia ladang yang enggan namanya dikenali, berkata pencerobohan gajah biasa berlaku di kawasan bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasu, namun tiada sebarang serangan terhadap manusia sebelum ini.
“Kebiasaannya gajah liar masuk mencari makanan dan merosakkan pokok kelapa sawit, sebelum kembali ke hutan. Tiada serangan gajah terhadap manusia dilaporkan dan serangan ini kejadian pertama dalam tempoh beberapa dekad.
“Pengurusan ladang sebelum ini sudah menggali parit dalam untuk menghalang gajah daripada menceroboh ladang dan sebaik kerja siap, tindakan seterusnya memasang pagar elektrik di sekeliling perimeter,” katanya.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia sudah bekerja di ladang itu selama lapan tahun.-BH
Pekerja ladang meninggal dunia selepas tiga hari dipijak gajah liar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.