Jemaah Haji Terkandas: Polis Tahan Pemilik Agensi Disyaki Tipu Pakej Haji

Jemaah Haji Terkandas: Polis Tahan Pemilik Agensi Disyaki Tipu Pakej Haji

Polis menahan lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan, semalam, yang dipercayai terbabit kes 400 individu ditawarkan pakej haji dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam serbuan di ibu negara kira-kira jam 9 malam tadi.



“Lima individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak di Danau Kota.

“Kami mengambil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ashari berkata, sebanyak 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur berhubung kes terbabit.



“Sebanyak 23 laporan itu dilaporkan di Wangsa Maju, Sentul dan Dang Wangi membabitkan kerugian berjumlah RM760,000.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan ira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di Sepang, pagi kelmarin dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).



Penerbangan individu itu dijadualkan ke Jeddah Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan dokumen tidak lengkap, sebelum penerbangan baru dijadualkan pada jam 4.30 petang kelmarin dan tertangguh lagi pada jam 7 malam, hari sama.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Sebahagian daripada 380 individu menunggu di KLIA, terkandas ke Makkah. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Sebahagian daripada 380 individu menunggu di KLIA, terkandas ke Makkah. – Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIMJika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi: 

Jemaah Haji Terkandas: Polis Tahan Pemilik Agensi Disyaki Tipu Pakej Haji

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker