Kematian sebelum tiba (BID) meningkat mendadak

Kematian sebelum tiba (BID) meningkat mendadak

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) sejak April hingga Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 4,856 kes kematian direkodkan sepanjang 2021 setakat ini, sebanyak 670 kematian berkaitan COVID-19 ialah BID.



Beliau berkata, analisis oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan juga mendapati ada trend kenaikan kes BID, iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari April (35 kes) sehingga Jun lalu (246 kes).

“Kebanyakan kes kematian BID ini daripada kumpulan usia 50 tahun sehingga 70 tahun, iaitu sebanyak 76.7 peratus, dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).

“Tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini ialah Selangor, iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Kuala Lumpur 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah 85 kes (12.7 peratus),” katanya hari ini.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri, terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah.



Beliau berkata, orang ramai perlu mengamalkan beberapa langkah iaitu menjalani pemeriksaan segera, sekiranya bergejala atau menjadi kontak kepada kes yang positif; mengamalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab, sementara menunggu keputusan ujian dan panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Katanya, orang ramai yang didapati positif melalui ujian RT-PCE atau RTK-Antigen juga perlu maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri, di aplikasi MySejahtera dan PKD atau CAC berdekatan.
BH

Kematian sebelum tiba (BID) meningkat mendadak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pasar raya diserbu sambut PKPD



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker