Jangan benar lapangan terbang Subang diambil alih, kata MAHB



Sebaran :


Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau lapangan terbang Subang sedia diberi perhatian khusus untuk pembangunan semula dan kerajaan digesa tidak membenarkan rancangan syarikat swasta untuk mengambil alih lapangan terbang itu.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Zambry Abdul Kadir berkata, semua lapangan terbang kebangsaan adalah aset strategik yang dimiliki oleh negara.

Ini termasuklah lapangan terbang Subang yang menurut Zambry telah membantu membangunkan industri penerbangan dan aeroangkasa di negara ini.



Beliau berkata, lapangan terbang itu sedia diberi perhatian khusus di bawah “pelan induk pembangunan semula lapangan terbang Subang”.

“Sebarang langkah dalam membenarkan ia dikendali oleh pihak swasta perlu difikirkan secara mendalam, baik dari segi aspek keselamatan dan pertahanan, mahupun hak milik,” katanya dalam kenyataan.

“Saya, sebagai mewakili seluruh warga Malaysia Airports ingin memohon pihak kerajaan agar mengkaji semula sebarang hasrat untuk mencairkan pegangan LTSAAS kepada mana-mana pihak swasta.”



Dilaporkan sebelum ini bahawa ahli perniagaan Desmond Lim, iaitu pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan dan pemaju hartanah WCT Holdings Bhd, merancang untuk mengambil alih dan mengendalikan lapangan terbang Subang sehingga 2092 melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd.

Jumaat lalu WCT berkata, rancangan itu sebenarnya mencadangkan pembaharuan konsesi, bukannya untuk mengambil alir lapangan terbang tersebut seperti dilaporkan.

Syarikat itu juga berkata, ia akan mengendalikan lapangan terbang itu berdasarkan pajakan, dengan kerajaan terus memiliki tanah dan lapangan terbang berkenaan. FMT



Jangan ambil kesempatan darurat untuk jual Lapangan Terbang Subang


Sebaran :


Leave a Reply