Jangan ambil kesempatan darurat untuk jual Lapangan Terbang Subang


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menggesa kerajaan agar tidak mengambil kesempatan atas darurat yang sedang dikuatkuasakan kini untuk menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah – atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Memetik laporan daripada The Vibes, Salahuddin berkata terdapat usaha untuk “merampas” (hijack) lapangan terbang itu yang dikatakan akan menyebabkan kerugian kepada Khanazah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Tolak runding terus. Buka Parlimen. Kita debat. Ini harta rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter.

Lapangan terbang itu, yang mula beroperasi pada 1965, kini menjadi pangkalan buat perkhidmatan pesawat turboprop Firefly dan Malindo Airlines. Ia kini dimiliki Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dengan konsesi yang akan berakhir sehingga 2069.

Setakat hujung 2020, Khazanah, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) mempunyai pegangan kolektif sebanyak 53 peratus dalam syarikat itu.

Berdasarkan laporan The Vibes, Subang Skypark Sdn Bhd (Subang Skypark) yang dimiliki sepenuhnya oleh WCT Holdings Bhd (WCT Holdings), menghantar cadangan konsesi baru yang akan berakhir pada 2092.

Pengerusi eksekutif Kumpulan WCT Holdings ialah Desmond Lim, yang dikenali sebagai pemaju gedung beli-belah Pavillion di Kuala Lumpur.

Subang Skypark dilaporkan turut menghantar cadangan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengambil alih keseluruhan lapangan terbang itu dan memajukan tanah di sekitarnya.

Laporan itu mendakwa Subang Skypark membayangkan lapangan terbang itu nanti akan memberikan fokus terhadap “penumpang perniagaan premium, menarik pasaran berbeza daripada penumpang KLIA”.

Laporan itu mendakwa MAHB, bersama Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) – yang memiliki Firefly – menentang cadangan tersebut dan menghantar bantahan mereka kepada Kementerian Pengangkutan.

Antara lain, kedua-dua syarikat itu berkata langkah tersebut akan mengancam pulangan pelaburan buat pemilik MAHB, dan hal itu, kata mereka, “pasti (akan) melibatkan wang awam” kerana syarikat harus membayar pampasan kepada pemegang bon.

Kerugian itu, kata mereka bakal mencecah sehingga RM11.9 bilion berdasarkan konsesi lapangan terbang yang masih berbaki.

Daripada meneruskan dengan cadangan Subang Skypark itu, MAHB dan MAG sebaliknya mencadangkan agar MAHB dibenarkan untuk meneruskan rancangan “pembangunan semula lapangan terbang Subang” atau “Subang airport regeneration plan”.

Rancangan itu yang dijangka siap akhir 2025, akan melihatkan pembinaan hangar, kilang-kilang, serta kemudahan penyelenggaraan, baik pulih dan operasi (MRO). Mk

Jual aset, adakah KWSP sekarang dalam keadaan tenat?

Related Articles

One Comment

  1. salahuddin ayub takde moral standing bercakap
    masa ph lagi banyak kena jual, dimana din pudu?
    ada orang amanah sendiri kata dia sibuk polish mahathir’s balls

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker