Dah 3 tahun saya turun, bila nilai ringgit nak naik Tun


Najib Razak, melontarkan persoalan bilakah nilai ringgit akan kembali pulih walaupun sudah tiga tahun beliau tidak mentadbir negara sebagaimana diramalkan Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau masih menunggu ramalan Mahathir yang mengatakan ringgit akan kembali pulih selepas Najib turun sebagai perdana menteri menjadi realiti.

“Selepas tiga tahun, saya masih tunggu ramalan Tun M menjadi realiti. Najib dah turun tiga tahun, kenapa nilai ringgit belum naik?

“Masa Najib (menjadi perdana menteri) USD1 bersamaan RM3.73, ketika Najib henti jadi perdana menteri USD1 bersamaan RM3.82,” katanya di Facebook.



Najib turut menunjukkan tangkap layar laporan berita menyatakan Mahathir yakin penyusutan nilai ringgit yang dihadapi Malaysia mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbirannya.

Mahathir dalam laporan berkenaan turut menggesa Najib berundur sebagai perdana menteri ketika itu demi memulihkan ekonomi Malaysia.

Sementara itu, Najib berkata, dalam keseluruhan tempoh tiga tahun selepas beliau “turun” sebagai perdana menteri, nilai ringgit pernah turun sehingga USD1 bersamaan RM4.40 tahun lepas iaitu 60 sen lebih murah berbanding ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Hari ini, USD1 bersamaan RM4.12, masih 30 sen lebih murah banding masa Najib turun. Mahu tunggu berapa tahun lagi, Tun?,” soal Najib. FMT



Mahathir kesat dan keterlaluan – Najib

Related Articles

One Comment

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker