Isteri polis didenda RM2,000 ziarah suami di sekatan jalan


Isteri seorang anggota polis dikompaun RM2,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan dengan menghantar juadah raya kepada suaminya yang bertugas di sekatan jalan raya Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, pada mulanya, perbuatan itu dilihat sebagai tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam melebihi kepentingan individu dan polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas melawat mereka di lapangan pada hari raya ataupun hari biasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kompaun itu dikeluarkan semalam di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP ziarah Aidilfitri.



Tindakan itu menyusul gambar anggota polis itu bersalam dan menerima kuih raya daripada isteri serta tiga anaknya di sekatan jalan raya di Persiaran Selatan (hala keluar ke Dengkil) Putrajaya pada 1 Syawal lalu yang tular di media sosial.

Semalam, polis dilaporkan berkata, hasil siasatan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP ketika kejadian itu.

Fadzil berkata, hasil siasatan lanjut mendapati anggota polis itu dan keluarganya tinggal dalam daerah Putrajaya dan isteri bersama tiga anaknya menaiki dua kereta berbeza untuk menyerahkan juadah raya kepada suaminya.

“Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza.”



Beliau bagaimanapun memberi amaran tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang melanggar SOP PKP, termasuk anggotanya sendiri. FMT

Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker