Kelab Komedi Kutuk Sekeras-kerasnya Tindakan Wanita Hina Agama

Kelab Komedi Kutuk Sekeras-kerasnya Tindakan Wanita Hina Agama

Pengurusan kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang menghina kesucian agama Islam menerusi perbuatannya yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, Crackhouse Comedy Club (CH) berkata, selepas berlaku persembahan berkenaan, individu itu dilarang daripada kembali ke Crackhouse Comedy Club.

“Pihak kelab sudah membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Kenyataan terperinci berhubung kejadian terbabit akan menyusul,” katanya yang memuatnaik kenyataan itu di laman Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab di TTDI, di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyatakan sedang menyiasat kejadian video tular itu.

Kelab Komedi Kutuk Sekeras-kerasnya Tindakan Wanita Hina Agama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker