Parti Pejuang, gabungan baru Pejuang tetap tolak Anwar
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mengumumkan gabungan yang akan dibentuk parti itu bagi menghadapi PRU15 dalam tempoh terdekat.
Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya berkata gabungan itu merangkumi parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.
“Sudah tentu kita kena terima hakikat sukar untuk kita menangi PRU akan datang kalau bersendirian. Bagaimanapun kita juga sedang merangka dan akan wujudkan satu gabungan untuk kita menyertai PRU.
“Gabungan kita tidak terhad kepada parti politik, tetapi lebih menyeluruh iaitu menerima individu-individu atau persatuan serta kumpulan yang mempunyai naratif yang sama ataupun matlamat yang sama iaitu membetulkan negara ini, mengembalikan balik sebuah negara yang pernah dihasilkan oleh pemimpin parti kami iaitu Dr Mahathir Mohamad sendiri.
“Insya-Allah kita akan buat pengumuman dalam sedikit masa lagi gabungan yang akan kita gerakkan menuju pilihan raya umum,” katanya dalam sesi wawancara bersama Malaysiakini.
Pendekatan ‘khemah besar’ diperkatakan sejak beberapa bulan lalu dalam menghadapi PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)/
Pada 1 Jun lalu, Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan parti itu akan terus berjuang untuk menyatukan parti pembangkang di bawah pendekatan berkenaan.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata strategi “khemah besar” tidak seharusnya dilihat membabitkan parti Pakatan Harapan (PH), sebaliknya perlu melibatkan Pejuang, Warisan dan Muda.
“Pendirian Amanah ialah pembangkang perlu disatukan. Ini termasuk Pejuang, Warisan dan Muda. Apa perlukan khemah besar untuk PH. Semestinya konsep khemah besar melibatkan selain PH, tetapi hanya pembangkang,”
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak cadangan supaya PKR dan PH menggunakan pendekatan khemah besar pada pilihan raya PRU15.
Katanya, PKR dan PH harus belajar daripada pengkhianatan yang berlaku dua tahun lalu, dipercayai merujuk kepada Langkah Sheraton apabila gabungan itu dikhianati oleh parti komponennya, iaitu Bersatu.
Tetap tak terima Anwar
Mengulas mengenai ‘khemah besar’, Marzuki berkata strategi itu bukan satu-satunya jalan penyelesaian dalam menyelesaikan kemelut politik ketika ini, selain PH dilihat sudah hilang fokus.
Katanya Pejuang juga tidak boleh menerima cara pentadbiran presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Saya melihat khemah besar bukan salah satu jalan penyelesaian dalam kemelut politik sekarang ini. Semenjak Langkah Sheraton kita melihat PH seperti sudah hilang fokus terutamanya insiden yang berlaku sewaktu membuat undian bajet yang mana PH tiada keputusan yang jelas.
“KIta bersetuju dengan khemah besar tapi dalam masa sama kita tidak boleh terima dan setuju dengan cara pentadbiran Anwar,” katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.