Kenyataan Dipetik Luar Konteks Beri Gambaran Negatif – Tok Mat
Kenyataan Dipetik Luar Konteks Beri Gambaran Negatif – Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap temubual beliau bersama media yang berpangkalan di Hong Kong iaitu Asia Times dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
Katanya kenyataan yang dibuat secara piecemeal atau terpisah-pisah seperti mana yang dilaporkan boleh memberi gambaran yang tidak tepat.
“Saya ingin membuat penegasan bahawa wawancara saya dengan Asia Times yang berpengkalan di Hong Kong baru baru ini mesti dilihat dalam konteks keseluruhan atau in totality dan bukan secara piecemeal dan terpisah-pisah sehingga ianya memberi gambaran yang tidak tepat.
“Sangatlah penting untuk saya menegaskan bahawa konteks keseluruhan temubual tersebut ialah penegasan saya bahawa setiap orang yang dituduh berhak menerima penghakiman yang adil tanpa sebarang konflik kepentingan serta pengampunan di bawah undang-undang Malaysia hanya akan diberi selepas seorang tertuduh telah mula menjalankan hukuman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ketua UMNO Bahagian Rembau bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengulas panjang lagi berkenaan isu ini.
“Segala yang di luar konteks tersebut hanya memberi gambaran negatif kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan diri saya serta dijadikan bahan propaganda musuh politik UMNO.
“Saya tidak lagi berhasrat untuk mengulas perkara ini dan keseluruhan fokus saya ialah menyediakan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” ujar beliau. – UMNO Online
Kenyataan Dipetik Luar Konteks Beri Gambaran Negatif – Tok Mat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.