Jemaah haji terkandas, apa Menteri Agama dan Duta Besar Khas Timur Tengah buat?

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mempersoalkan fungsi dua pemimpin kanan PAS dalam membantu ratusan rakyat negara ini yang terkandas ketika cuba mengerjakan haji kelmarin.

Semasa menyentuh isu itu, Mohd Puad Zarkashi menyebut nama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan naib presiden parti berkenaan Idris Ahmad yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebagai menteri yang mengelolakan hal ehwal Islam, kata Mohd Puad, tidak memadai untuk Idris mengambil maklum saja kesulitan yang dialami kumpulan terbabit.

“Takkan setakat ambil maklum,” katanya hari ini.

Sepatutnya menurut Mohd Puad, senator terbabit mengambil sikap lebih proaktif dengan berjumpa dengan kumpulan berkenanan serta menggunakan hubungan di antara dua negara untuk cuba menyelesaikan masalah berkenaan.

Abdul Hadi pula, kata Mohd Puad, merupakan ahli parlimen bertaraf menteri yang diangkat sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

Dengan statusnya itu menurut speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkenaan, Abdul Hadi sepatutnya juga boleh berperanan untuk membantu.

“Apa dia (Abdul Hadi) buat? Amat malang dalam tempoh empat hari terkandas, menteri tidak (ada) tunjuk muka,” katanya lagi.

Semalam hajat hampir 400 orang untuk mengerjakan haji tidak kesampaian apabila tiada visa diberikan kepada mereka di sebalik sejumlah besar wang yang dibelanjakan kepada agensi yang menguruskannya.

Keadaan itu menyebabkan mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Difahamkan pemergian mereka itu menggunakan visa furada yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berdasarkan kepada pertimbangan semasa negara terbabit.

Menurut beberapa pihak yang biasa dengan urusan itu, tidak ada sebarang jaminan visa berkenaan – yang lazimnya dikeluarkan pada saat-saat akhir – diluluskan untuk setiap permohonan.

Semalam Idris menyatakan rasa kecewanya dengan kejadian itu yang dianggapnya tidak patut berlaku, serta mengarahkan siasatan terperinci dibuat.

Kata Idris jika wujud sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Kata Mohd Puad, menteri terbabit seolah-olah tidak memiliki sebarang idea untuk menyelesaikan masalah yang ada.

“Idris juga gagal melobi kuota tambahan haji. Tahun hadapan berilah mangsa mangsa itu keutamaan (untuk mengerjakan haji),” katanya.

Sementara itu Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyatakan insiden tersebut tidak ada kaitan dengan mereka.

“Kedutaan kesal dengan apa yang berlaku kepada beberapa warga Malaysia yang ditipu agensi pelancongan Malaysia yang mendakwa telah mendapatkan visa daripada kedutaan.

“Pihak kedutaan menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan insiden ini,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker