Wanita tikam rakan sendiri angkara cemburu
LONDON – Angkara cemburu, seorang wanita di Britain bertindak mencederakan wajah rakannya dengan menggunakan sebilah pisau kerana mengesyaki mangsa menggoda teman lelakinya, lapor akhbar The Sun semalam.
Karlie Tuft mencederakan wajah Bianca Beaumont selepas mabuk dalam satu acara parti di Newport, Wales.
Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya, John Jackson turut mengugut Bianca dengan menyatakan bahawa dia akan membunuh anaknya sekiranya mangsa melaporkan perkara itu kepada polis.
Bianca berkata, dia bimbang parut akibat luka tersebut akan kekal sepanjang hayatnya selepas cedera pada bahagian pipi, bibir dan lubang hidung.
Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, Bianca melawat Karlie di rumahnya di mana dia diperkenalkan kepada Jackson.
Keganasan tercetus apabila Karlie tiba-tiba menuduh Bianca bersikap tidak sopan terhadap kekasihnya, sebelum mencederakan wajah mangsa menggunakan pisau.
Hakim David Wynn Morgan berkata, mangsa yang ketika itu terdesak untuk meninggalkan pangsapuri milik defendan, diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut.
“Mereka mendesak Bianca agar tidak mendedahkan perbuatan defendan dan menyuruh dia mengaku bahawa diserang di jalanan,” katanya.
Jackson dikatakan menghunus sebilah pisau pada Bianca sambil berkata: “Jika kamu beritahu polis bahawa ini adalah perbuatan Karlie atau sekiranya dia dimasukkan ke penjara, saya bersumpah akan mengerat anak-anak kamu.”
Karlie disabitkan dengan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan dihukum penjara selama enam tahun enam bulan.
Jackson pula didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh dan dipenjarakan selama empat tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.