Shinzo Abe sedang bertarung nyawa

Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dilaporkan “dalam keadaan kritikal” selepas ditembak ketika berucap dalam satu kempen di bandar raya Nara pada Jumaat.

Penyandang Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, berkata petugas kesihatan sedang “bertungkus lumus” merawat Abe, lapor Agensi Anadolu.

Abe, 67, dilaporkan “ditembak dari belakang” oleh suspek yang kini sudah ditahan.

Insiden itu berlaku kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan.

Jepun akan mengadakan pilihan raya Senat pada Ahad dan Abe berkempen untuk calon Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan kedengaran sebelum Abe rebah dan tersembam ke tanah.

Menurut saksi kejadian “dia tidak sedarkan diri dan tidak bertindak balas,” lapor NHK.

Bekas PM Jepun Shinzo Abe dipercayai ditembak ketika berucap

Penyerang telah dikenal pasti sebagai Tetsuya Yamagami, 41, penduduk bandar Nara. Senapang patah yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas, menurut Agensi Anadolu.

Abe merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat – pertama pada 2006 dan kemudian sekali lagi dari 2012 hingga 2020.

Pada 20 September 2006 dia dipilih sebagai ketua LDP, ketika berusia 52 tahun.

Dia adalah perdana menteri termuda Jepun dalam era selepas perang dan rekod ini masih kekal.

Bagaimanapun, dia membuat kejutan apabila tiba-tiba meletak jawatan kerana masalah kesihatan pada 2007, ketika hanya baru setahun menjadi perdana menteri – September 2006 hingga September 2007.

Pada September 2012 , Abe kembali menerajui LDP dan kemudian membawa parti itu menang majoriti besar pada Disember.

Disebabkan masalah kesihatan dia kemudian mengumumkan peletakan jawatannya pada 2020.

-Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker