Lembaga putih berambut panjang duduk atas kereta

Video ini menjadi tular dengan netizen cuba meneka objek sebenar yang sedang duduk di atas bumbung kereta ini. – Instagram

 

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan lembaga berambut panjang mengurai dan berpakaian serba putih sedang duduk di atas bumbung sebuah kereta, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan rakaman dikongsikan di laman Instagram itu, sebuah kereta dilihat sedang bergerak di sebatang jalan pada waktu malam.

Video itu dirakam dari sebuah kereta lain yang mengekori kenderaan tersebut. Ia jelas menunjukkan lembaga tersebut  sedang duduk di atas bumbung kereta itu.



Menyangka bahawa ia mungkin badan penumpang yang berdiri menggunakan tingkap pada bahagian bumbung, perakam bertindak mengekori dengan lebih rapat bagi mendapatkan imej lebih jelas.

Namun, setelah didekati, tiada sebarang tubuh badan manusia dilihat sedang berdiri di dalam kereta itu.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen cuba meneka ‘objek’ sebenar yang berada di atas kereta itu.

“Itu ialah seorang wanita bertudung hitam yang sedang duduk. Di hadapannya kelihatan seperti ada seorang kanak-kanak lelaki. Apa yang pasti bukan hantu,” kata seorang netizen.



“Boleh tak sesiapa jelaskan mengapa rambutnya tidak terbang walau ditiup angin?” kata netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker