PRU15: Khairuddin saran Umno, PAS bersaing dalam ‘berkasih sayang’
PRU15: Khairuddin saran Umno, PAS bersaing dalam ‘berkasih sayang’
Ketika hubungan Umno dan PAS terus menegang dengan pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan menghangatkan keadaan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali menawarkan kaedah tersendiri bagi kedua-dua parti mendepani PRU akan datang.
Menurut bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu kedua-dua parti terbabit boleh terus bersaing antara satu sama lain dengan masing-masing mengemukakan manifesto sendiri.
Namun kata ahli parlimen yang sudah meninggalkan PAS itu, kedua-dua parti terbabit hendaklah bertanding secara sihat dan penuh berkasih sayang.
“Untuk pilihan raya akan datang masing-masing (PAS dan Umno) boleh bertanding menawarkan diri menjadi wakil rakyat dan kerajaan dengan manifesto masing-masing sebagai pertandingan politik yang sihat dan berkasih sayang.
“Ia akan mewujudkan hubungan harmoni antara rakyat dan parti pascapilihan raya meski siapa pun menjadi kerajaan.
“Itu adalah harapan politik generasi baru,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Khairuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai agenda Muafakat Nasional (MN) iaitu gabung yang dibentuk antara PAS dan Umno ketika kedua-duanya menjadi pembangkang selepas PRU ke-14 lalu.
Bersama di pusat, negeri
Di sebalik termeterainya persefahaman berkenaan, hubungan PAS-Umno mula keruh selepas timbul beberapa isu termasuk tindakan sepihak PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.
Sejak itu beberapa pemimpin kedua-dua parti mula berbalas-balas kenyataan termasuk yang bersifat keras.
Sebagai rekod pada Mac lalu Khairuddin mengumumkan keluar dari PAS selain turut mengkritik beberapa keputusan yang diambil parti itu.
Antaranya membabitkan perjanjian antara PAS dengan PN yang didakwa Khairuddin dilakukan presidennya, Abdul Hadi Awang, tanpa meminta pandangan daripada kepimpinan parti.
Mengingatkan betapa PAS dan Umno masih bersama dalam kerajaan pusat dan beberapa negeri, Khairuddin berkata agenda MN perlu dilihat dalam konteks yang luas, merangkumi perdamaian politik serta kerjasama dalam apa saja perkara kebaikan.
“Hari ini PAS dan Umno bersama dalam kerajaan di peringkat persekutuan. Juga bersama dalam kerajaan di Perak dan Kedah.
“Di peringkat Terengganu, Kelantan dan Pahang, Umno dan PAS menjadi wakil rakyat mesra kerajaan, bukannya pembangkang.
“Semua ini menjadi platform yang baik menghubungkan kedua-dua pihak,” katanya. MK
PRU15: Khairuddin saran Umno, PAS bersaing dalam ‘berkasih sayang’
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week