Salur bantuan segera kepada mangsa banjir – Ismail

Salur bantuan segera kepada mangsa banjir – Ismail

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan kejadian bencana banjir lumpur yang berlaku di Baling, Kedah semalam, sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Ismail Sabri berkata, walaupun berada di Turkiye untuk lawatan rasmi, beliau sentiasa mengikuti perkembangan yang menimpa Keluarga Malaysia di Baling.

“Saya mengarahkan Setiausaha Politik Datuk Mohammad Anuar mewakili saya, turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan dengan secepatnya kepada mangsa.

“Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa walaupun saya berada di Turkiye,” katanya.

Beliau juga sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mangsa banjir.

“Saya doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. HM

Salur bantuan segera kepada mangsa banjir – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker