Penyanyi Widuri, Bob Tutupoly meninggal dunia

Penyanyi Widuri, Bob Tutupoly meninggal dunia

JAKARTA – Selepas beberapa tahun menanggung derita akibat strok, penyanyi legenda Indonesia, Bob Tutupoly meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan sekitar pukul 12.03 tengah malam tadi.

Berita duka itu telah disahkan sendiri oleh anak saudaranya, Erick kepada media Indonesia.



“Ya benar,” katanya ringkas kepada media CNNIndonesia.com.

Isterinya, Rosmayasuti Nasution turut berkongsi khabar duka pemergian suaminya tercinta yang dikahwini sejak 45 tahun itu.

“Damailah suami, papa, opa, oom kami yang tercinta,” katanya.

Bob atau nama lengkapnya Bobby Willem Tutupoly dilahirkan di Surabaya pada tanggal 13 November 1939.



Pelantun lagu Widuri itu memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak tahun 1965 bersama kumpuan muzik, Pattie Bersaudara.

Selain Widuri, Bob turut dikenali menerusi deretan lagu-lagu hits lainnya seperti Lidah Tak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.

Keadaan kesihatan Bob semakin merosot sekitar tahun 2015 selepas menerima penghargaan AMI Legend di Anugerah Music Indonesia 2015 dan jarang muncul di khalayak umum.

Bagaimanapun, penyanyi itu sempat membuat membuat persembahan ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-80 menerusi sebuah konsert muzik 80th Celebration Bob Tutupoly.



Selain menyanyi, Bob juga pernah membintangi beberapa filem seperti Penasaran (1977) dan Sebelah Mata (2008). K Online

Penyanyi Widuri, Bob Tutupoly meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker