Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat 22 peratus

Para petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur sedang memantau keadaan pesakit Covid-19. – Foto Bernama

 

PUTRAJAYA- Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam seluruh negara bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 22 peratus ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan pesakit kategori 1 dan 2 juga dilaporkan meningkat sebanyak 31 peratus manakala kategori 3,4 serta 5 menaik sebanyak 13 peratus.

“Selain itu, secara keseluruhan jumlah kemasukan pesakit ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 10 peratus bagi minggu epidemiologi (ME) ke-26 berbanding ke-25.

“Peratusan pengisian katil fasiliti Covid-19 bagi ME ke-26 juga meningkat sebanyak empat peratus bagi katil bukan kritikal selain kenaikan dua peratus bagi katil di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Noor Hisham berkata, peratusan pengisian katil di PKRC juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak satu peratus.

“Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan meningkat sebanyak 0.2 peratus selain bilangan pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) turut menaik sebanyak 28.5 peratus.

“Selain itu, bilangan kes baharu Covid-19 yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 22.9 peratus manakala jumlah kes dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 50 peratus,” jelasnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker