Presiden UMNO perlu jelaskan dakwaan bantu Anwar untuk jadi PM

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perlu memberikan penjelasan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli parti mengenai kewujudan pakatan sulit mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen UMNO bagi mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan bantuannya.

Penganalisis politik, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, Ahmad Zahid perlu berbuat demikian kerana sebelum ini beliau menafikan menjadi penggerak utama usaha mendapatkan SD Ahli Parlimen UMNO untuk mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, melepaskan jawatan, pada Februari 2020.

“Anwar tidak perlu memberi penjelasan kepada ahli PKR kerana mereka memang sebolehnya mahu Presiden mereka menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi yang kena beri penjelasan kepada pemimpin dan ahli parti ialah Ahmad Zahid kerana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan MKT sudah memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Anwar dan PKR, namun Ahli Parlimen Bagan Datoh beria-ria mahu bekerjasama dengan ‘cikgunya’. Jadi Zahid yang patut memberikan penjelasan kepada MKT dan Ahli UMNO bukannya Anwar kepada penyokongnya,” katanya kepada Sinar Premium, pada Rabu.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Ahli MKT UMNO menerusi surat bertarikh 21 Jun lalu yang ditandatangi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Isnin lalu, Tajuddin tanpa berselindung mendedahkan pelbagai gerakan sulit yang didakwa didalangi Ahmad Zahid sejak memenangi pemilihan jawatan Presiden UMNO pada tahun 2018.

Antara perkara dibongkar Tajuddin adalah dakwaan Ahmad Zahid itu tidak berpuas hati dengan kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tawaran Ahli Parlimen Bera itu menjadi ‘poster boy’ sebagai umpan menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan gerakan mengumpul tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar.

Lebih menarik, Tajuddin turut menuduh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengetuai gerakan ‘menjatuhkan’ Ahmad Zahid sekitar Mei 2020.

Tajuddin mengadakan sidang media khas hari ini mengenai pemecatan jawatannya sebagai ahli MKT UMNO baru-baru ini.
Tajuddin mengadakan sidang media khas hari ini mengenai pemecatan jawatannya sebagai ahli MKT UMNO baru-baru ini.

 

Bahkan, nama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Asyraf Wajdi sendiri turut disebut pemimpin veteran parti itu sebagai antara figura penting yang terlibat dalam komplot berkenaan.

Mengulas lanjut Zainal menambah, pendedahan yang dibuat oleh Tajuddin itu mungkin untuk membantu Ismail Sabri, memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO selepas beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Pun begitu Zainal berkata, pendedahan Tajuddin itu tidak banyak memberikan kesan besar kepada Ahmad Zahid dan parti secara keseluruhannya kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih Presiden UMNO dan memegang ‘cop mohor’ untuk memberikan watikah kepada calon PRU15.

“Ahmad Zahid masih lagi berpengaruh kerana beliau memegang kunci untuk pencalonan semua bakal calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada PRU15 nanti.

“Jadi Ahmad Zahid masih memegang kad terakhir bagi menentukan masa depan pemimpin akar umbi yang mahu menjadi calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain juga berpandangan sama bahawa Ahmad Zahid perlu memberikan penjelasan kerana sebelum ini beliau menegaskan UMNO tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Ahmad Zahid perlu memberikan penjelasan kerana beliau sebelum ini membuat penafian mengenai kerjasama dengan Anwar dan DAP atau No Anwar dan No DAP dibuat semasa PAU. Jadi ahli berhak tahu perkara sebenar.

“Pendedahan Tajuddin juga akan beri impak kepada penyokong UMNO terutama mereka yang tidak mahu UMNO bekerjasama dengan Anwar. Mereka akan melihat UMNO lemah sehingga sanggup meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Izani juga melihat pendedahan Tajuddin itu, akan meningkatkan tekanan kepada UMNO mempercepatkan proses pemilihan bagi membolehkan parti itu dipimpin oleh barisan kepimpinan baharu yang lebih mempunyai kredibiliti dan telus.

“Sudah tentu. Kem bukan Ahmad Zahid melihat Presiden tidak berlaku jujur kepada ahli dan nakhoda parti perlu ditukar,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker