Perenang Amerika Tiba-Tiba Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam Dan Diselamatkan Oleh Jurulatihnya

Perenang Amerika Tiba-Tiba Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam Dan Diselamatkan Oleh Jurulatihnya

PERENANG profesional, Anita Alvarez hampir lemas gara-gara pengsan di dalam kolam sewaktu menyertai Kejohanan Akuatik Dunia 2022 di Budapest.

Bagaimanapun, tindakan pantas jurulatih Alvarez, Andrea Fuentes yang terus terjun ke dalam kolam, menyelamatkan nyawa perenang berusia 25 tahun itu.



Difahamkan, Alvarev bertanding di peringkat akhir acara solo wanita kategori bebas mewakili Amerika Syarikat.

Ketika sedang beraksi, Alvarez secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tubuhnya hanyut ke dasar kolam.

“Detik itu benar-benar menakutkan. Saya terpaksa terjun ke dalam kolam kerana penyelamat tidak melakukannya.

“Saya takut kerana saya lihat dia tidak bernafas, tetapi sekarang dia sihat. Keadaan Anita (Alvarev) semakin baik,” kata Fuentes.



Alvarez kembali sedar apabila pasukan perubatan segera memberikan bantuan pertolongan cemas.

Ini bukanlah kali pertama perenang dari Amerika itu pengsan semasa pertandingan.

Pada 2021 semasa acara kelayakan Sukan Olimpik di Barcelona, ​​Fuentes turut menjadi penyelamat apabila Alvarez tidak sedarkan diri.



Tidak pasti punca berlakunya insiden tersebut, namun umum maklum seseorang perenang profesional perlu menahan nafas untuk tempoh yang lama di dalam air. – Dailystar

Perenang Amerika Tiba-Tiba Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam Dan Diselamatkan Oleh Jurulatihnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker