Lima Permainan e-Sport Paling Berpengaruh Yang Setiap Gamers Perlu Tahu
Lima Permainan e-Sport Paling Berpengaruh Yang Setiap Gamers Perlu Tahu
TAHUKAH anda bahawa penggemar permainan esport di seluruh dunia mencecah 250 juta orang?
Pertumbuhan esport adalah luar biasa dengan permainan baharu dilancarkan setiap tahun meskipun terdapat beberapa jenis permainan yang tetap mendominasi dan popular dalam kalangan gamers.
Apabila bercakap tentang permainan esport terbesar, ia boleh membawa maksud berbeza kepada setiap orang di mana ada sesetengah permainan popular di seluruh dunia manakala selebihnya hanya dikenali di sesuatu tempat.
Berikut adalah lima permainan esport yang popular sepanjang 2022 mengikut jumlah wang ganjaran diberikan untuk sesebuah kejohanan seperti dilaporkan Esports Earnings.
1. Dota 2
Tahun dilancarkan: 2013
Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$224.7 juta (RM898 juta)
Pemain terkenal: Johan Sundstein, Jesse Vainikka, Anathan Pham
Dota 2 adalah permainan esport arena pertempuran yang paling poluar dan dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia adalah sekual kepada Defense of the Ancients: All-Stars dan cukup popular dalam kalangan gamers di Amerika Utara dan Eropah.
Biasanya ia dimainkan dalam pasukan seramai lima orang, dengan setiap satu mempertahankan kawasan mereka. Salah satu pasukan yang menang dengan memusnahkan struktur akan mendapat gelaran “Ancient” dalam pangkalan pasukan lain.
2. Counter-Strike: Global Offensive
Tahun dilancarkan: 2012
Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$96.5 juta (RM386 juta)
Pemain terkenal: Andreas Højsleth, Peter Rasmussen, Nicolai Reedtz
Ini adalah satu lagi permainan esports popular yang dibangunkan oleh Valve Corporation, dengan kerjasama Hidden Path Entertainment. Ia adalah permainan penembak pertama dan merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike.
Permainan ini pada asasnya dimainkan antara dua pasukan; pengganas dan anti-pengganas.
3. Fortnite
Tahun dilancarkan: 2017
Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$89.1 juta (RM356 juta)
Pemain terkenal: Kyle Giersdorf, Harrison Chang, David Wang
Fortnite ialah permainan dalam talian yang dibangunkan oleh Epic Games. Ia mempunyai tiga mod permainan yang berbeza tetapi masih dikira sebagai satu permainan. Berikut adalah penjelasan mengenai setiap mod tersebut.
a. Selamatkan Dunia – Ia melibatkan sehingga empat pemain melawan makhluk seperti zombi untuk mempertahankan diri mereka dan menyelamatkan mangsa lain.
b. Battle Royale – Mod ini memerlukan pemain berlawan dengan pemain (yang boleh mencecah 100 pemain) dan bertarung untuk menjadi individu terakhir yang terselamat. Ia juga boleh dimainkan secara berpasukan.
c. Kreatif – Ini adalah mod kotak pasir di mana pemain mempunyai kawalan kreatif ke atas permainan tersebut.
4. League of Legends
Tahun dilancarkan: 2009
Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$75.5 juta (RM302 juta)
Pemain terkenal: Sang Hyeok Lee, Ho Seong Lee, Jun Sik Bae
League of Legends adalah permainan aksi masa nyata dengan beberapa pemain dibangunkan oleh Riot Games dan ia antara permainan popular di Asia.
Ia boleh dimainkan oleh dua pasukan atau sama ada tiga atau lima pemain dalam setiap satu masa. Sama seperti Dota 2, pasukan yang berjaya memusnahkan struktur dipanggil Nexus dalam pangkalan pasukan lain dikira sebagai pemenang.
5. StarCraft II
Tahun dilancarkan: 2010
Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$33 juta (RM132 juta)
Pemain terkenal: Sung Choo Cho, Joona Sotala, Byung Ryul Lee
Ia adalah permainan strategi dalam masa nyata (real-time) yang dibangunkan oleh Blizzard Entertainment dan merupakan sekuel kepada permainan Starcraft yang asal.
Permainan ini berlatarkan senario fiksyen sains di mana tiga spesies iaitu Terrans, Zerg dan Protoss. Permainan itu dibahagikan kepada tiga bahagian dengan permainan asas, Wings of Liberty dengan dua dek pengembangan.
Bahagian pertama permainan itu memfokuskan kepada Terrans (manusia) manakala dua lagi berkisarkan tentang Zerg dan Protoss.
Lima Permainan e-Sport Paling Berpengaruh Yang Setiap Gamers Perlu Tahu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET