Jangan campur! UMNO ingatkan MIC fokus urusan parti sendiri

IPOH – MIC diingatkan agar tidak mencampuri urusan UMNO sebaliknya fokus mendapatkan sokongan kaum India menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata, tindakan Ketua Penerangan MIC, R Thinalan meminta penjelasan mengenai pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ketinggalan kerana perkara itu sudah dijelaskan.

Menurutnya, sebarang pertanyaan isu berbangkit sepatutnya boleh disuarakan terus kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) tanpa melalui media.

“Mungkin MIC lupa semasa MIC ‘tersilap’ masuk Perikatan Nasional, Ketua Penerangan UMNO tidak meminta agar MIC perjelaskan. Sebab itu saya keliru apabila Ketua Penerangan MIC tidak membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO agar tidak perlu mengadu domba.

“Nasihat saya kepada Saudara Thinalan, usah jaga tepi kain orang. Fokus perkukuhkan MIC bagi menghadapi PRU dan meyakinkan masyarakat India untuk kembali ke BN,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhammad Iqbal Jamal berkata, MIC seharusnya melihat hasil kepimpinan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjaya membawa kemenangan di dalam tujuh Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang turut dirasai oleh MIC apabila turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka serta Johor.

Menurutnya, BN sudah berada di ambang kemenangan dan masih berdiri utuh walaupun ditinggal oleh rakan-rakan komponen yang lain.

“MIC tidak perlu memberi komentar tentang hal dalaman UMNO. Biar UMNO menguruskannya. Jurucakap UMNO sudah pun bersuara. MIC tak perlu tampil memanjangkan cerita

“Esok bila masuk PRU, MIC juga akan dibantu oleh jentera UMNO sepertimana kita membantu dalam PRN yang melihat kebangkitan semula MIC,” katanya.

Thinalan dalam satu kenyataan pada Rabu menggesa agar tindakan sewajarnya diambil dengan kadar segera berhubung dakwaan terdapat pemimpin yang terlibat menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pada 2020, seperti didedah Tajuddin.

Pemimpin MIC itu juga turut menggesa Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil memberi penjelasan terhadap segala pendedahan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker