Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery

Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery

Gesaan MIC yang menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dibidas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu adalah cerita tahun 2000.



“Tahun 2021, bila PM 8 jatuh, Anwar tak jadi pun PM 9. Ini real test.

”Lepas tu, PKR dan DAP teruk kena hantam di Melaka dan Johor. Taktik, strategi siapa betul?,” soalnya cukup simbolik.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Penerangan MIC, R Thinalan berkata, jika dakwaan Tajuddin terbukti benar, maka Majlis Tertinggi Barisan Nasional harus mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan kadar segera.

Mengulas mengenai gesaan itu, Ahmad Shabery berkata, MIC pun dapat jadi calon dan menang dalam pilihan raya negeri serta dapat jadi Exco.



Secara sinikal Ahmad Shabery berkata, orang UMNO patuh pada cakap Presiden UMNO apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuruh beri kerusi dan menyokong semua calon MIC.

”Ada luka ada cerita. Bukak cerita, bukak luka.

”Bukan senang tahu. Lebih lagi ada cerita orang MIC tak suka Presiden UMNO. Mahu masuk PN,” katanya.

Jelas beliau, apabila kisah lama dibuka ia bermakna membuka luka semula.



Ironinya, tambah beliau, mahu tangkap buaya, kena pakai umpan ayam.

”Kasi makan ayam bukan sebab sayang itu buaya. Buaya pun tak tahu harga ayam tengah mahal. Tapi yang penting buaya ditangkap. Sungai pun aman. Ada faham?,” tegasnya. MG

Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker