Tikam bekas kekasih kerana perasaan mahu membunuh

Tikam bekas kekasih kerana perasaan mahu membunuh

LONDON – Seorang wanita mati ditikam bekas teman lelakinya dengan suspek memberikan alasan bahawa dia terasa seperti mahu membunuh seseorang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Suspek yang bernama Abid Mahmood, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, Tamby Dowling sambil menghunus sebilah pisau sebelum menikam mangsa sebanyak lapan kali.

Selepas melakukan jenayah kejam itu, Abid melarikan diri dengan menaiki teksi yang menunggunya di hadapan rumah mangsa.

Ketika berada di dalam teksi, Abid bersahaja memberitahu pemandu bahawa dia dapat mendengar suara jeritan Dowling.

Abid menyerah diri kepada polis tidak lama kemudian. Dia turut menyerahkan pisau yang digunakan untuk menikam bekas teman wanitanya itu.

Suspek telah ditahan di sebuah hospital selepas mengaku bersalah kerana membunuh tanpa niat dalam percubaannya untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Mahkamah di Manchester diberitahu bahawa Abid mempunyai masalah mental termasuk gangguan skizofrenia.

Pasangan itu berpisah pada Mac tahun lalu kerana masalah kesihatan mentalnya yang semakin buruk.

Sebelum membunuh Dowling, Abid yang pernah disabitkan atas kesalahan berkelakuan ganas dan dadah, telah menghubungi wanita itu sebanyak 17 kali. K Online

Tikam bekas kekasih kerana perasaan mahu membunuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker