Pentas Gegar Vaganza ada unsur mistik, ini kata Zamani

Pentas Gegar Vaganza ada unsur mistik, ini kata Zamani

Penyanyi bersuara emas, Zamani tidak mahu bersangka buruk dan menolak dakwaan beberapa pihak kononnya pentas Gegar Vaganza mempunyai kisah mistik sendiri sehingga ramai yang ‘kecundang’.

Jelas Zamani, dia percaya kesilapan dan kekurangan sewaktu mengadakan persembahan ketika GV musim ketiga adalah kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.



“Bukan tak percaya perkara-perkara mistik ini. Memang wujud tetapi saya fikir, saya ini tiada musuh. Jadi nekad sahajalah untuk teruskan pertandingan. Ketika GV3 pun saya sedang sakit, memang keadaan ada kekurangan.

“Tetapi dalam pada masa yang sama, saya harap perkara-perkara mistik seperti yang didakwa itu tidak ada. Saya tak fikir ada mana-mana peserta akan buat begitu. Kami semua ada rezeki dan bakat masing-masing.

“Cuma saya doa agar kesihatan semakin baik, diberi kesempatan untuk buat persembahan yang lebih baik daripada sebelum ini,”ujarnya yang diberi peluang kedua untuk bertanding dalam GV All Stars sebagai peserta hotseats.

Selain Zamani, lima lagi peserta, Liza Hanim, Tomok, Suki, Nikki Palikat dan Ezad Lazim melengkapkan 16 peserta musim baharu program realiti yang bersiaran setiap Ahad itu.



Dalam pada itu, mengakui tekanan untuk kembali bertanding cukup luar biasa, Zamani yang mendapat undian tertinggi dalam kalangan hotseats mengharapkan agar sokongan peminat akan terus berthan.

“Saya ini manusia, tidak sempurna. Sebelum ini saya berdepan masalah kesihatan, nak berdiri pun tegak pun tak boleh. Tetapi dengan keadaan kesihatan yang lebih daripada 80 peratus kini, saya sudah bersedia.

“Komitmen dan disiplin itu sangat penting. Stamina pun kena jaga sebab itu saya kurangkan persembahan dan ada yang saya terpaksa tolak untuk tiga minggu pertama. Saya buat semaksima baik yang termampu.

“Cuma saya ini kuat gugup, jadi sebelum persembahan saya kurangkan bercakap dan fokus kepada diri sendiri,” kata vokalis kumpulan Slam yang popular dengan lagu Kembali Terjalin dan Gerimis Mengundang itu. Utusan



Pentas Gegar Vaganza ada unsur mistik, ini kata Zamani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker