Husam, Nassuruddin kembali bertikam lidah

KOTA BHARU: Pas Kelantan tidak tergugat dengan pelbagai pendedahan termasuk isu masalah air dan pembalakan yang lantang disuarakan Pengerusi Sekretariat Save Kelantan, Datuk Husam Musa, mutakhir ini.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bekas Exco Kanan negeri itu dianggap tidak mempunyai pendirian tetap apabila berterusan dikatakan ‘menyerang’ kerajaan negeri ketika sudah tidak lagi berada di dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita tidak ada masalah, yang tidak mampu bertahan dalam pilihan raya itu dia. Kita mampu bertahan, sebab itu kita menang dan dia tidak mampu untuk mempertahankan kerusi, sebab itu dia kalah.

“Sesiapa pun boleh berkata macam-macam kepada kerajaan, tuduh apa-apa kerana tuduh tidak perlu kepada fakta, tetapi jawapan kena perlu disertakan fakta,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah di Hotel Perdana, di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan berkata, sejarah membuktikan sepanjang pemerintahan Pas di Kelantan, tiada seorang pun wakil rakyat parti itu yang didakwa di mahkamah berkait kesalahan rasuah.
“Ini sejarah yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesiapa pun boleh fitnah tapi terbukti tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah melibatkan kes rasuah.

“Individu ini pula jenis manusia yang apabila duduk dalam kerajaan dia bela dan apabila terpelanting keluar, ada pula yang dia serang kerajaan. Ini orang yang tak ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan majlis berkenaan, Pengasas BeDaie, Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata, BeDaie menyediakan modul Patuh Syariah untuk kegunaan klinik, hospital dan farmasi seluruh Malaysia khusus menerangkan hukum dan amalan syariah dalam perubatan yang dinilai oleh Ketua Penolong Mufti Bahagian Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed.

“Modul enam fasa berkaitan fiqh perubatan ini boleh diamalkan dalam kalangan perawat, kakitangan dan pesakit dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam amalan perubatan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sekali gus memberikan keselesaan serta menjamin kesejahteraan kepada pesakit beragama islam di institusi perubatan.

“Bagi fasa pertama, 100 klinik swasta mengikuti program anjuran BeDaie ini yang turut merangkumi platform atas talian mypatuh.com bagi memudahkan capaian maklumat berkaitan,” katanya. -Sinar Harian

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker