Takiyuddin pelawa Tajuddin masuk PAS

Takiyuddin pelawa Tajuddin masuk PAS

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, dipelawa menyertai PAS sebagai meneruskan kelangsungan karier politiknya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Katanya, sesiapa sahaja boleh menyertai PAS dan parti itu akan menerimanya.



“Siapa nak sertai PAS pun boleh kita terima dan untuk makluman pada kelmarin, kita telah mengadakan kempen keahlian baharu PAS di Kedah (dan) pada hari Sabtu baru-baru ini kita menerima ahli baharu, dalam tempoh seminggu lebih sikit 12,000 orang.

“(Kesemua) 12,000 orang ahli baharu itu telah kita terima. Jadi siapa pun boleh menyertai PAS. Itu kita anggap satu penerimaan masyarakat termasuklah pengundi-pengundi baharu,” katanya menurut laporan Awani.

Pada Sabtu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mempelawa Tajuddin yang digugurkan sebagai ahli MKT Umno bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili parti itu sekiranya tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pasir Salak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Razman berkata, pelawaan tersebut dibuat bukan bermaksud mahu mencampuri urusan parti lain, sebaliknya mengambil kira situasi semasa yang mahu agar PRU15 diadakan segera.



Hari ini, Tajuddin ketika mengulas ‘jemputan’ PAS bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15, Tajuddin berseloroh berkata “ia boleh dipertimbangkan”.

Bagaimanapun Tajuddin berkata, beliau tidak akan menyertai PAS untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak.

“Saya boleh tanding (sebagai calon) Bebas sokong Umno,” katanya.

Pada Khamis, Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT Umno berkuat kuasa 21 Jun, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.



Ahmad bagaimanapun enggan mengulas punca pengguguran berkenaan dan hanya menzahirkan penghargaan atas komitmen Ahli Parlimen Pasir Salak itu selama ini.

Bagaimanapun, pada Jumaat, presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, memberi gambaran tindakan yang dikenakan terhadap Tajuddin itu disebabkan kesalahan dilakukannya. FMT

Takiyuddin pelawa Tajuddin masuk PAS


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran



Elaun RM4,733 tak cukup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker