Ahli UMNO jadi keliru, lawan dapat peluru – Shahril

Ahli UMNO jadi keliru, lawan dapat peluru – Shahril

Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hanya mengundang perpecahan dalam UMNO sedangkan parti itu disifatkan sudah berada di landasan tepat dalam mewujudkan kesepakatan antara kepimpinan parti bagi menuju pilihan raya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata tindakan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu juga hanya akan menjadi peluru buat pihak lawan bagi menyerang UMNO.

Katanya, melalui kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai presiden dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, UMNO sepatutnya berada di ambang kemenangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan ia tidak seharusnya digugat dengan dakwaan seperti itu.

“Parti ini parti yang sepatutnya di ambang kemenangan, …takkanlah kita nak mengundang kekalahan dengan perpecahan …pilih kesepakatan, pilih kestabilan.

“Sudah tentu yang paling gembira mendengar dakwaan ini adalah pihak lawan, …segala dakwaan ini menjadi peluru untuk terus menyerang UMNO.

“Naratif lawan akan jadi mudah. Bagaimana UMNO hendak jual kestabilan kalau dalam UMNO sendiri tak berpadu?” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menggesa Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai presiden secara terhormat demi kepentingan parti.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu turut mendedahkan Ahmad Zahid mengetuai bagi menandatangani akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pada masa sama, Shahril berkata, hak institusi pelantikan presiden UMNO itu perlu dihormati kerana pemimpin Ahmad Zahid menang secara bertanding.

Beliau berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa presiden lemah dan menjadi liabiliti kepada parti, sedangkan UMNO mencapai kejayaan memenangi tujuh pilihan raya di bawah kepemimpinan Ahmad Zahid.

“Satu hari ada juga pihak kata perdana menteri lemah, …sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.

“PAU (Perhimpunan Agung UMNO), PAU Khas, Konvensyen BN (Barisan Nasional) sudah menampakkan kesepakatan untuk menuju pilihan raya.

“Parti sudah buat keputusan bahawa presiden dan timbalan jaga parti, perdana menteri jaga kerajaan, …bergerak seiring.

“Pemilihan selepas PRU, …tarikh PRU ‘top 5’ bincang, bawa ke MKT, kemudian ‘on’ (jadi). Tak perlu gaduh, atau syak wasangka. Kalau boleh berpegang kepada semua ini, ahli tenang, UMNO menang,” katanya. BH

Ahli UMNO jadi keliru, lawan dapat peluru – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker