Zakar terpaksa dibelah dua

Zakar terpaksa dibelah dua

Seorang lelaki dari Taiwan berdepan detik mengerikan apabila zakarnya terpaksa dibelah pada bahagian tengah oleh doktor bagi mengeluarkan rantai manik logam yang tersangkut di dalamnya, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Mangsa dilaporkan pergi ke hospital dan mengadu sakit yang digambarkan seperti renjatan elektrik dalam kemaluannya.

Doktor di Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei mendapati pesakit tersebut sebenarnya cuba melakukan aktiviti seksual dengan memasukkan rantai logam secara berbahaya ke dalam uretra.

Selepas bertindak demikian, lelaki berkenaan tertidur dan kemudiannya bangun dalam keadaan kesakitan yang perit.

Manik rantai itu didapati telah ‘tertanam’ di dalam zakarnya dan dia tidak dapat mengeluarkannya kerana takut mencederakan diri sendiri, selain tidak boleh membuang air kecil.

Pakar urologi, Gao Weichang berkata, pesakit itu mengalami ‘ketidakselesaan yang teruk’ dan manik-manik tersebut menjejaskan saraf sensitif, sekali gus menyebabkan rasa sakit yang melampau.

Akibatnya, pakar bedah terpaksa membelah zakar lelaki berkenaan untuk mengeluarkan rantai tersebut sebelum membina semula uretranya dalam prosedur yang sukar namun berjaya. K Online

Zakar terpaksa dibelah dua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker