MKT UMNO pak turut kehendak Zahid, dakwa Tajuddin

MKT UMNO pak turut kehendak Zahid, dakwa Tajuddin

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman mendesak Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti dan mahu jawatan itu diisi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media petang tadi, Tajuddin menuduh Zahid merancang menjadi perdana menteri selepas PRU15.



Beliau mendakwa penggunaan Ismail sebagai “poster boy” hanya helah Zahid untuk menyegerakan pilihan raya umum.

“Pakai “poster boy’” (Ismail). Ini semua umpan untuk perdana menteri setuju adakan pilihan raya. Bila ada pilihan raya, kalau menang, Umno jadi komponen utama (kerajaan), dia (Zahid) nak jadi perdana menteri.

“Janji “poster boy” Ismail tak boleh pakai. Zahid akan atur siapa calon-calon bertanding di Parlimen. Itu sebab dia nak pegang (presiden Umno),” katanya.

Selain menyifatkan Zahid sebagai tidak mampu mengurus Umno, Tajuddin turut menyelar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebagai bersifat ‘pak turut’ kepada kehendak Zahid.



“Keputusan MKT bukan kehendak MKT tetapi kehendak dia (Zahid). Dia bagi seorang dua cakap, lepas itu keputusan sudah putuskan…MKT wayang sahaja,” beliau memberitahu sidang media.

Tajuddin berkata Zahid berdepan kes mahkamah dan sudah sampai masa Ismail, yang ketika ini naib presiden parti, mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

“Zahid tumpu kes-kes (mahkamah), tak mampu dia nak jaga parti, nak kita hadapi pilihan raya,” katanya.

“Ismail sesuai jadi presiden parti, baru cantik, tak adalah dua nakhoda,” katanya.



Minggu lalu, Zahid mengesahkan Tajuddin digugurkan daripada MKT Umno, kerana tindak tanduknya mempersoalkan keputusan parti.

Tahun lalu, Tajuddin digugurkan sebagai pengarah pilihan raya Umno.

Penyingkiran Tajuddin daripada MKT menyusul beberapa hari selepas beliau mengesahkan dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia.

Dalam menyokong pelantikan itu, Ismail berkata Tajuddin sesuai memegang jawatan diplomatik berkenaan.



Bagaimanapun pelantikan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan rasional Tajuddin diangkat menjadi duta besar.

Mengenai ‘jemputan’ PAS untuk beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15, Tajuddin berseloroh berkata “ia boleh dipertimbangkan”.

Bagaimanapun Tajuddin berkata, beliau tidak akan menyertai PAS untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak.

“Saya boleh tanding (sebagai calon) Bebas sokong Umno,” kata beliau.



MKT UMNO pak turut kehendak Zahid, dakwa Tajuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi



Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker