Ibu Maut, Dua Anak Cedera Kereta Bertembung

Ibu Maut, Dua Anak Cedera Kereta Bertembung

KUANTAN: Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Azlina Mohamad, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, turut berada dalam kereta bersama mangsa ialah dua anak perempuannya, yang mana salah seorang adalah pemandu kereta terbabit.

“Bagaimanapun, setiba di Jalan Segamat-Kuantan, kereta mangsa itu telah bertembung dengan kereta lain menyebabkan bahagian depan kedua-dua kereta itu remuk.

“Dua lelaki dalam sebuah lagi kereta itu turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan, manakala yang cedera di bawa ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya,” ujarnya.-AA

Ibu Maut, Dua Anak Cedera Kereta Bertembung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker