Cukup-cukuplah dengan sikap melenting tu
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka melenting. Bahkan, saya percaya perkataan “melenting” agak sukar dialihbahasakan kepada bahasa lain, contohnya Bahasa Inggeris.
Ambil contoh pengumuman baru-baru ini mengenai penghapusan subsidi untuk ayam, telur ayam dan minyak masak botol. Minggu lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak botol, ayam dan telur ayam mulai 1 Julai.
Apabila frasa “penghapusan subsidi” terpampang sahaja di skrin peranti, ditambah lagi ketika ekonomi negara masih bergelora, mekanisme melenting kita diaktifkan secara otomatik.
Tetapi jika kita baca berita ini dengan lebih teliti, sebenarnya Kerajaan telah memperuntukkan RM4 bilion subsidi untuk minyak masak untuk tahun ini, berbanding RM2.2 bilion untuk tahun lepas dan RM500 juta untuk 2020. Jadi, benarkah kerajaan bersikap kejam, terutamanya kepada golongan miskin?
Kerajaan cuma menghapuskan subsidi minyak masak dalam botol 2kg, 3kg dan 5kg sahaja. Subsidi untuk pakej polibeg 1kg kekal. Subsidi minyak masak botol telah diperkenalkan pada Ogos 2021 dan bertujuan untuk berkuatkuasa selama tiga bulan sahaja, tetapi ia telah diheret kepada 10 bulan sekarang! Adakah ini kerajaan yang tidak berperikemanusiaan?
Bagi penghapusan subsidi ayam dan telur ayam pula, keputusan ini bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran dan menstabilkan harga dalam jangka panjang. Mana-mana ahli ekonomi pun tahu bahawa subsidi yang berpanjangan dan secara besar-besaran hanya akan menjejaskan ekonomi dalam jangka panjang.
Adalah tidak masuk akal untuk T20 untuk menikmati subsidi yang sama, atau lebih, daripada kumpulan B40. Itulah sebabnya kerajaan telah meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan B40. Isi rumah dalam kategori ini akan diberi tambahan RM100, dan belia yang belum berkahwin akan mendapat tambahan RM50. Ini akan menjadikan jumlah pembayaran BKM setinggi RM2,500 setiap isi rumah tahun ini.
Untuk sekian lama, kita telah membenarkan sifat prejudis kita yang mengaburi pertimbangan objektif. Bila kita terbaca tajuk berita “Subsidi minyak masak dibuang”, kita terus melenting. Kita seolah-olah gian mengadu dan meroyan walaupun subjek yang dibahaskan tidak berpaksikan kepada realiti ataupun telah diputarbelitkan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.