Tengku Zafrul wajib digugurkan – Zahidi



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Zahidi Zainul Abidin malam tadi mencadangkan kerajaan menukar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana dikatakan gagal memberikan penjelasan berhubung isu Digital Nasional Berhad (DNB).

Zainul yang juga timbalan menteri berkata, cadangan itu diutarakan olehnya sendiri ketika bertemu Tengku Zafrul, selepas pemuda Umno menyerahkan memorandum kepadanya berhubung isu tersebut.

“Saya wakil MKT ingin mendapat penjelasan pasal isu memorandum, dia (Tengku Zafrul) tak mahu dengar, nak lawan kita lawan itu jawapan dia.

“Kalau pasal menteri kewangan ini saya minta dalam mesyuarat kalau boleh kita tukar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di PWTC lewat malam tadi.

Bagaimanapun, apabila ditanya apakah reaksi ahli MKT yang lain berhubung cadangannya itu, Zahidi berkata dia sebagai kapasiti ahli MKT mencadangkan perkara tersebut untuk dibawa bincang ke peringkat Kabinet.

Zahidi sebelum ini menyokong gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat DNB dan pelancaran rangkaian 5G yang sepatutnya dilaksanakan oleh syarikat itu, dengan menyifatkan pelancaran 5G adalah isu utama yang boleh menjadi satu lagi skandal seperti 1MDB.

DNB ialah syarikat kenderaan tujuan khas yang ditugaskan untuk menyediakan rangkaian 5G di seluruh negara, dan kemudian akses borong kepada syarikat telekomunikasi.

Bagaimanapun, Zahidi sebelum ini berkata kaedah pelaksanaan itu telah menghadapi rintangan industri.

Dia juga sebelum ini mendakwa bekas bosnya Saifuddin Abdullah dan Tengku Zafrul merancang DNB dan pelancaran 5G secara rahsia.

Hasrat PBM sertai BN belum dibincang

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata hasrat Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai BN masih belum dibincangkan.

“Itu adalah keputusan secara konsensus daripada Majlis Tertinggi BN yang belum lagi bermesyuarat.

“Lagipun saya kena tanya Setiausaha BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat yang sama.

Dia berkata demikian selepas ditanya mengenai status terkini berhubung hasrat PBM untuk menyertai komponen parti tersebut.

Pada 8 Jan lalu, 12 bahagian PBM mengusulkan agar parti itu menyertai gabungan BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Hasrat yang sama dinyatakan oleh Presiden PBM Larry Sng.

Bagaimanapun, pada 11 Jan, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata BN belum menerima permohonan rasmi daripada PBM.

Ahmad Zahid juga berkata BN sedia menerima mana-mana parti yang yakin dengan prinsipnya sama ada PBM atau parti lain.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.