Tahniah Bonnie sumbang emas keempat negara – Ismail

Tahniah Bonnie sumbang emas keempat negara – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Atlet Powerlifting Kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin selepas berjaya menyumbangkan emas keempat Malaysia di bumi Birmingham awal pagi tadi.

Ucapan tahniah itu dirakamkan Ismail Sabri menerusi satu hantaran ringkas di Facebook tadi sekali gus memberi bayangan sasaran Malaysia mencapai enam emas semakin menjadi kenyataan.



“Atlet Powerlifting Kebangsaan Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram bagi kategori Lelaki Lightweight Akhir semasa Sukan Komanwel 2022. Malaysia Boleh!,” tulisnya.

Terdahulu, Bonnie mengungguli saingan powerlifting Sukan Komanwel 2022 apabila menjuarai kategori lightweight bawah 72 kg bersama rekod baharu temasya sekali gus menghadiahkan emas keempat negara.

Bonnie menamatkan saingan dengan rekod temasya 147.6 mata selepas melakukan angkatan 210kg pada percubaan pertama.

Kejayaan Bonnie seterusnya memberi terjemahan negara mampu merealisasikan impian untuk membawa pulang enam pingat emas di mana dua lagi kemenangan diperlukan pada temasya tersebut. K Online



Tahniah Bonnie sumbang emas keempat negara – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker