Lonjak Ranking Ke 147 Petanda Positif Buat Sukad Harimau Malaya
Lonjak Ranking Ke 147 Petanda Positif Buat Sukad Harimau Malaya
HARIMAU Malaya kini digelar The Biggest Climbers susulan kenaikan mendadak dalam kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Lonjakan tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-154 ke ranking 147 dunia jelas memberikan petanda positif buat skuad Harimau Malaya menjelang kempen Piala Asia 2023.
Kenaikan mendadak ranking itu kesan daripada kejayaan anak-anak buah Kim Pan-gon yang mencatat dua kemenangan – masing-masing ke atas Turkmenistan (3-1) dan Bangladesh (4-1) ketika Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.
Keputusan positif dalam aksi persahabatan iaitu ketika kemenangan 4-0 ke atas Brunei dan Hong Kong 2-0 turut menjadi penyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.
Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan selepas kali terakhir Harimau Malaya berada dalam kelompok 150 teratas dunia pada tahun 2014.
“Kita nampak memang patut ranking skuad Harimau Malaya ini naik kerana kejayaan mereka dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini selain dua aksi persahabatan sebelum itu.
“Pemain-pemain Harimau Malaya kini boleh masuk ke padang dengan rasa bangga. Sudah tentu, ia akan menambahkan lagi keyakinan kepada mereka untuk beraksi dengan lebih baik.
“Bila mereka beraksi dengan baik dan mencatatkan kejayaan, ranking pasukan akan terus naik. Apabila ranking naik, demand (permintaan) terhadap pasukan juga akan meningkat.
“Maka, pasukan lain akan berebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya. Inilah yang positifnya apabila ranking Harimau Malaya naik,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Selain Malaysia, tiga lagi negara yang mendapat gelaran The Biggest Climbers adalah Greece, Cuba dan Kazakhstan sepertimana yang diumumkan di laman rasmi FIFA.
Mengulas lanjut, Azlan berkata, Harimau Malaya tidak harus alpa dengan ‘pencapaian segera’ itu memandangkan jejak langkah mereka sentiasa diperhati peminat dan penyokong bola sepak tempatan.
“Sebenarnya apabila ranking naik terlalu cepat pun tak bagus. Ini kerana ia akan menjadi penanda aras baharu buat skuad Harimau Malaya dan peminat pastinya mahu melihat ranking terus naik.
“Jadi saya setuju dengan hasrat Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) yang mahu melihat Harimau Malaya beraksi menentang pasukan-pasukan berkelas A dalam aksi persahabatan yang diiktiraf FIFA.
“Dengan cara itu Harimau Malaya mampu memperbaiki lagi ranking dunia jika berjaya meraih kemenangan. Semua itu tidak mustahil dengan kerja keras dan komitmen barisan kejurulatihan dan pemain,” jelasnya.-SH
Lonjak Ranking Ke 147 Petanda Positif Buat Sukad Harimau Malaya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saksi pendakwaraya beritahu mahkamah ‘Najib tidak ambil wang 1MDB’
- Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO
- Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000
- Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad
- Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor
- Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar
- Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.