Hanya bayar RM25, makan durian sampai muntah

SEREMBAN – Hanya membayar RM25 seorang bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, orang ramai berpeluang menikmati durian kampung yang disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Hab Pengedaran FAMA Negeri Sembilan di sini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) FAMA negeri dan usahawan bimbingan FAMA itu diadakan selama dua hari bermula Jumaat.

Selain itu turut ditawarkan untuk pembelian durian udang merah (D175), musang king (D197) dan IOI dari Raub, Pahang yang dijual antara RM25 hingga RM59 sekilogram.’



Ketua RPKP, Azhar Mohamad Buang berkata, program berkenaan yang pertama kali diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menikmati durian yang bukan saja ditawarkan dengan harga munasabah tetapi juga berkualiti.

“Kami bawakan buah durian kampung dari kebun-kebun di sekitar kawasan Rembau dan Tampin yang mana kebanyakannya dari masyarakat Orang Asli.

“Ini durian kampung premium dan semestinya orang ramai akan berpuas hati dengan jumlah bayaran dikenakan kerana buah yang disediakan dipilih dalam kalangan terbaik,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada masa sama katanya, program itu bagi membantu usahawan memasarkan produk durian mereka.



Menurutnya, sambutan diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan pengunjung dijangka bertambah pada Sabtu.

Sementara itu, pengunjung, Abdul Hafiz Musa, 38, berkata, program itu memberi peluang kepadanya sekeluarga menikmati durian berkualiti dengan harga berpatutan.

“Bagusnya buah-buah disediakan semuanya elok dan kita juga boleh pilih sendiri.

“Bagi saya untuk bayaran RM25 itu, sangat berbaloi dan harapnya pihak FAMA boleh anjurkannya setiap kali musim durian,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker