Giliran Jamal tibai Nur Jazlan

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno membidas kritikan Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan berada dalam kedudukan lemah selepas lewat membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri.

Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos, berkata sekiranya Nur Jazlan tidak mahu bersimpati dengan beban ditanggung Ismail ketika ini, beliau sepatutnya tidak perlu memburukkan lagi keadaan.

“Oleh itu, sekiranya kita tidak mahu bersimpati pun, sebaiknya janganlah memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Jamal juga mengingatkan Nur Jazlan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara yang diambil alih daripada kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, Ismail ketika ini sedang memikul beban kegagalan tersebut.

Rabu lalu, Nur Jazlan berkata kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida dalam Jemaah Menteri menjadi petunjuk kedudukan lemah Ismail.

Mengulas lanjut, Jamal berkata Nur Jazlan sepatutnya memberi fokus kepada memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan pucuk pimpinan Umno bukannya merendahkan peranan Ismail.

“Nur Jazlan sepatutnya bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara pada hari ini adalah daripada perdana menteri Umno,” katanya.

Selasa lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa Ismail segera membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida kerana beliau sudah mempunyai calon untuk menggantikannya.

Muhyiddin berkata, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail.

Pada 19 Jun lalu, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker