Taiwan kerah jet pejuang selepas China hantar 29 pesawat
TAIPEI – Taiwan mengerahkan sebilangan jet pejuang kelmarin, sebagai tindakan yang memberi amaran kepada China selepas 29 pesawat milik Beijing terbang berhampiran dengan zon pertahanan udaranya, lapor saluran televisyen Channel News Asia.
Pulau itu menggelar aktiviti ketenteraan berulang China sebagai ‘zon kelabu’ peperangan, yang dilakukan untuk melemahkan ketenteraannya serta bagi menguji tindak balasnya.
Aktiviti terbaharu Beijing menyaksikan ia menghantar antaranya, 17 jet pejuang, enam pesawat pengebom H-6, pesawat amaran awal serta antikapal selam dan sebuah pesawat pengisi bahan api, kata Kementerian Pertahanan Taiwan.
Sebilangan pesawat tersebut terbang di sebuah kawasan di timur laut Pratas, demikian menurut peta yang disediakan kementerian.
Bagaimanapun, pesawat pengebom yang turut disertai oleh pesawat perang elektronik dan pengumpul risikan dilaporkan terbang ke Selat Bashi yang memisahkan Taiwan dengan Filipina. Ia kemudian menuju ke arah Laut Pasifik sebelum berpatah balik ke China mengikut laluan sama.
Kementerian Pertahanan berkata, Taipei menghantar pesawat tempur bagi memberi amaran kepada jet milik China, manakala sistem peluru berpandu turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau aktiviti tersebut.
Kejadian itu merupakan antara aktiviti ketenteraan terbesar sejak Taiwan melaporkan 30 pesawat China memasuki ruang zon pertahanan udaranya, berhampiran dengan Kepulauan Pratas pada 30 Mei lalu.
Operasi terbesar yang pernah dilakukan China bagi tahun ini adalah pada 23 Januari lalu yang melibatkan 39 buah pesawat.
Tiada sebarang komen dikeluarkan pemerintah China setakat ini. Langkah sedemikian sebelum ini disifatkan sebagai latihan ketenteraan bagi melindungi kedaulatan China. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
You must be logged in to post a comment.