Bermain di Sukan Komanwel sentiasa menjadi keutamaan saya – Chong Wei
KUALA LUMPUR: Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.
Secara peribadinya Chong Wei merasakan bermain di Sukan Komanwel akan sentiasa menjadi keutamaan beliau kerana temasya itu hanya dianjurkan empat tahun sekali berbanding Kejohanan Badminton Dunia, yang berlangsung setiap tahun kecuali pada tahun penganjuran Olimpik.
“Kejohanan Dunia adalah lebih penting untuk karier, namun Sukan Komanwel lebih jauh pentingnya untuk negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Legenda badminton negara berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan pemain profesional negara Lee Zii Jia yang menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham, yang dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.
Malam semalam, Zii Jia menerusi video yang dikongsikan kepada media menyatakan bahawa, agak sukar untuk beliau berhadapan dengan jadual ketat yang dihadapi sejak kebelakangan ini, selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo dari 22-28 Ogos, sebagai alasan utama beliau menarik diri dari Sukan Komanwel.
Chong Wei tidak pernah gagal untuk memberikan Malaysia pingat emas untuk Malaysia dengan memenangi tiga emas dalam acara perseorangan lelaki, sejak mula mewakili negara pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.
Namun pemain dari Pulau Pinang itu tidak menyertai edisi Glasgow 2014, disebabkan masalah kecederaan.
Juara tiga kali Sukan Komanwel itu menegaskan, penarikan diri Zii Jia tentunya akan memberikan masalah dan menyukarkan peluang skuad badminton untuk mencapai sasaran dua pingat emas di Birmingham, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), minggu lepas.
“Memang lebih berat untuk pemain perseorangan Malaysia untuk menang pingat emas, tidak mudah kerana ada pemain India, juara dunia 2021 dari Singapura Loh Kean Yew dan jangan lupa Bryan Yang dari Kanada,” katanya.
Chong Wei juga percaya keputusan Zii Jia itu akan memberi kesan kepada cabaran Malaysia dalam acara berpasukan campuran, walaupun masih mempunyai pasangan beregu keenam dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pasangan wanita nombor 10 dunia Pearl Tan-M. Thiinah dan pemain berpengalaman Chan Peng Soon yang akan berpasangan dengan Cheah Yee See dalam beregu campuran.
Bagaimanapun pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu berkata status Zii Jia sebagai pemain persendirian sejak awal tahun ini, menjadikan lebih mudah untuk juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu untuk tidak menyertai Birmingham.
“Fakta bahawa beliau bukan lagi pemain pasukan kebangsaan menjadikan lebih mudah untuknya tidak bermain di Birmingham. Jika dia di pasukan kebangsaan, Sukan Komanwel tentunya menjadi keutamaan” katanya.
Sementaraitu Chong Wei berkata pemain perseorangan lelaki utama Persatuan Badminton Maysia Ng Tze Yong, tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk memikul tanggungjawab besar mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Zii Jia di Birmingham.
Oleh sebab itu beliau berharap pemain nombor 48 dunia itu akan bersedia secara mental dan menunjukkan permainan terbaiknya, pada acara yang akan berlangsung di National Exhibition Centre.
— BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau