Pertemuan Muhyiddin-DAP, menjadi punca kerajaan tidak stabil
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada tahun ini kerana kerajaan sedia ada kini tidak stabil.
Menurut beliau, antara faktor berlakunya ketidakstabilan termasuk tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP.
“Muhyiddin tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan DAP kerana Bersatu pada masa ini bersama Barisan Nasional (BN), Pas dan beberapa parti lain berada dalam kerajaan yang memerintah sekarang.
“Macam mana kerajaan hendak stabil jika ada pemimpin daripada parti yang bersama-sama membentuk kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembangkang seperti DAP.
“Disebabkan ketidakstabilan ini, eloklah PRU15 disegerakan. Namun, jika ditanya bila sepatutnya PRU15 diadakan, saya berpendapat eloklah pada tahun ini juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, menambah, PRU15 perlu dipercepatkan demi menstabilkan kerajaan.
Tegasnya, cadangan itu juga tiada kena mengena dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin tertentu.
“Jika kerajaan stabil semua urusan pasti berjalan lancar dan masalah negara dan rakyat dapat diselesaikan segera. Yakinlah, kerajaan yang stabil dapat menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
“UMNO tidak pernah campur tangan dalam urusan melibatkan kes-kes mahkamah. Kes mahkamah diselesaikan melalui mahkamah untuk tentukan bersalah atau tidak,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
You must be logged in to post a comment.