BN mampu menang selesa PRU-15, bentuk Kerajaan Pusat – penganalisis
Barisan Nasional (BN) memiliki kelebihan menang di sebahagian besar kerusi Parlimen, sekaligus berupaya membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Sungguhpun tidak memiliki majoriti cukup atau sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen yang dicapai dalam PRU ke-15, iaitu syarat asas bagi pembentukan kerajaan, namun BN masih memiliki pilihan atau opsyen untuk bergabung dengan blok parti lain khususnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kedudukan GPS yang cukup dominan di Sarawak, berbekal keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, meletakkan gabungan yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika ini sukar untuk digugat mana-mana saingannya.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, berkata jangkaan bilangan kerusi yang boleh dimenangi BN di semenanjung adalah sekitar 90 hingga 100 kerusi Parlimen.
“Bermakna ia memerlukan campuran dengan kerusi dari negeri Borneo untuk membentuk kerajaan dimana ada 25 kerusi Parlimen di Sabah serta 31 kerusi Parlimen di Sarawak, jumlahnya 56.
“DAP pula dilihat barangkali masih mampu mengekalkan kerusi tradisi dalam lingkungan 35 hingga 40 kerusi (Parlimen). Baki 126 kerusi Parlimen menjadi rebutan parti gabungan lain di Semenanjung,” katanya.
Ditanya sama ada kerjasama BN dengan parti di Sabah merujuk kepada GRS atau Parti Warisan (WARISAN), Sivamurugan berpandangan, BN dilihat lebih selesa untuk berunding dengan GPS berbanding WARISAN.
“Barangkali BN akan mengadakan perbincangan dengan GRS iaitu campuran Perikatan Nasional (PN) dimana ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) didalamnya dan kini, BN bersama GRS. Ia lebih mudah, melainkan WARISAN memilih untuk kekal solo dan bersedia bekerjasama dengan BN atau GRS selepas PRU-15,” katanya.
Sebelum ini, BN khususnya UMNO menetapkan sasaran untuk menang sekurang-kurangnya 88 kerusi Parlimen pada PRU akan datang, dengan rekod PRU-14 lalu, parti itu menang 54 kerusi Parlimen.
Sementara parti-parti dalam GPS yang ketika itu menjadi sebahagian dari gabungan BN menguasai 19 kerusi Parlimen di Sarawak, sementara di Sabah, selain BN menguasai 10 kerusi Parlimen, pesaing terdekatnya adalah WARISAN dengan lapan kerusi, selebihnya DAP dan PKR (enam) serta satu kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Sementara itu, Felo Penyelidik, Pusat Kajian Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, meramalkan jika PRU-15 diadakan tidak lebih empat bulan dari sekarang, BN mampu menang sekurang-kurangnya 150 kerusi Parlimen jika bergerak secara solo.
Malah katanya, BN mampu membentuk Kerajaan Persekutuan yang lebih stabil dan kuat dengan jumlah 169 kerusi Parlimen jika GPS terus bekerjasama erat menyumbang sokongan 19 kerusi Parlimen sedia adanya.
“Jangkaan perolehan kerusi BN ini adalah berdasarkan kepada perkiraan 80 peratus kerusi dimenangi BERSATU dalam PRU-14 lalu akan dirampas semula oleh UMNO dan BN.
“Parti Amanah Negara (AMANAH) pula berpotensi hilang semua 11 kerusi yang ditandingi pada PRU-14 lalu akibat defisit kepercayaan pengundi, manakala PKR dan DAP hilang separuh dari kerusi yang dimilikinya kini,” katanya.
Pada PRU ke-14 lalu, BERSATU menang di 13 kerusi Parlimen, sementara 11 kerusi dimenangi AMANAH. PKR pula menang di 47 kerusi sementara DAP, 42 kerusi dan PAS, 18 kerusi.
Beliau berkata, perkiraan kemenangan BN juga dijangka tepat berdasar perkiraan faktor yang mempengaruhi kemenangan BN seperti pengumuman UMNO untuk terus menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU serta pemilihannya sebagai ‘poster boy’ BN. BH
BN mampu menang selesa PRU-15, bentuk Kerajaan Pusat – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
You must be logged in to post a comment.