Anggota Cawangan Khas Bukit Aman maut rempuh lori
Anggota Cawangan Khas Bukit Aman maut rempuh lori
Gombak: Anggota polis maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori yang rosak di Kilometer 445.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, dekat Rawang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang, Sarjan Dino Subono, 46, bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Cheras menghala ke arah Rawang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.
“Ketika pemandu mahu turun dari kenderaan selepas menghubungi mekanik untuk meletakkan tanda segi tiga, tiba-tiba datang motosikal ditunggang mangsa lalu melanggar belakang lori,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala pemandu lori tidak cedera.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM
Anggota Cawangan Khas Bukit Aman maut rempuh lori
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]