UPM guna magik tarik murid minat sains

UPM guna magik tarik murid minat sains

BAGI menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains di sekolah, Pasukan Magik Fizik, Kelab Mahasiswa Fizik, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan satu program yang kreatif dan di luar kotak pemikiran.

Program Superhero Magic 2.0 yang dibuat secara hibrid itu hasil kerjasama dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MoSTI), Kimia Malaysia, UPM STEM serta Kelab MySTEM Ambassador UPM.
Ia dilaksanakan sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 baru-baru ini.

Ketua Projeknya, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen berkata, penganjuran program berkenaan dilakukan selepas kejayaan program Superhero Magic Junior yang memberangsangkan pada tahun lalu, menarik minat kanak-kanak sekolah untuk mendekati dan mempelajari subjek Sains.

Katanya, program itu dijalankan secara hibrid yang mana ahli ‘silap mata’ berada dalam bilik persidangan di UPM, manakala para peserta pula menyertai di rumah masing-masing melalui platform Zoom Meeting.

“Bengkel interaktif itu berasaskan perkongsian ilmu dan kepakaran dalam sains yang diolah dalam pendekatan silap mata atau magik yang lebih kreatif dan menarik.

“Ia dilakukan bagi menarik perhatian peserta dalam kalangan murid sekolah untuk menyertai program berkaitan sains seperti ini.

“Superhero Magic Junior 2.0 versi naik taraf ini terus memanfaatkan kanak-kanak berusia enam tahun hingga 10 tahun dari seluruh negara yang menyertai program berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, bengkel yang turut disertai oleh 15 fasilitator daripada Jabatan Fizik UPM itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta penglibatan secara aktif para peserta terdiri daripada murid sekolah.

Katanya lagi, penglibatan langsung bersama ibu bapa juga memainkan peranan dalam memberikan idea kepada mereka untuk melakukan aktiviti sains bersama anak-anak di rumah menggunakan peralatan yang mudah diperoleh.

“Program ini berlangsung selama sehari dan pada penghujung bengkel, peserta diberikan tugasan dan pertandingan untuk menghasilkan video daripada apa yang dipelajari.

“Tiga peserta yang tampil dengan video menarik dipilih sebagai pemenang.

“Walaupun dijalankan secara hibrid, namun ia tidak menjejaskan pencapaian objektif program berkenaan yang banyak memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah program, Muhamad Zamri Muhammad Zulkarnain berkata, beliau bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk menjayakan program kesukarelawanan kali kedua ini secara hibrid.

Katanya, bengkel yang dilaksanakan secara hibrid itu dapat memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak berumur antara enam hingga 10 tahun dengan dunia sains yang menyeronokkan.

“Seterusnya ia dapat menjadikan pembelajaran sains lebih menarik, selain boleh melakukan eksperimen di rumah menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka,” katanya.

Menurutnya, situasi endemik pada masa kini dapat menambahkan lagi kesempurnaan program tersebut.

Ibu kepada seorang peserta, Nur Mahfuzah Ahmad Tajuddin berkata, bengkel seperti itu amat bermanfaat bagi menarik minat anak-anaknya, Muhammad Faris Haikal Muhammad Firdaus dan Muhammad Firas Hafiy terhadap bidang sains dan teknologi terkini.

“Program seperti ini amat diperlukan oleh anak-anak saya bagi meningkatkan pengetahuan sains mereka.

“Pada masa sama, ia adalah satu program yang begitu menyeronokkan dengan persembahan serta eksperimen sangat menarik dan mengagumkan,” katanya. K Online

UPM guna magik tarik murid minat sains


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker