6 rumah teres di Bandar Tun Razak terbakar

6 rumah teres di Bandar Tun Razak terbakar

6 rumah teres di Bandar Tun Razak terbakar
SALAH satu rumah terjejas dalam kebakaran berkenaan. FOTO Ihsan bomba

Kuala Lumpur: Lelaki sesak nafas selepas enam kediaman di Lorong Mewah 3, Bandar Tun Razak di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Komander Operasi Kanan, Mustafa Kamal Mohd Arih, berkata, terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, pada 10.49 malam.

Beliau berkata, susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sungai Besi, BBP Cheras, BBP Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail, bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 43 orang, dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di lokasi pada 10.54 malam, didapati kebakaran membabitkan enam rumah teres.

“Mangsa ditempatkan di zon kuning dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 12.06 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

6 rumah teres di Bandar Tun Razak terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker